Tuesday 7 May 2013

Atlit Negara Bikin Gempak!!!!


Teringat aku pada suatu ketika dulu mase tengah hot-hot zaman komik anak-anak Sidek.


Tak penah miss untuk aku dapat kan setiap edisi komik tersebut….jalan cerita melalui kisah benar atlit badminton negara kite yang telah mencatat sejarah dengan membanggakan negara kita satu ketika dahulu……
Cerita bagaimana Haji Sidek membentuk lima anak lelakinya menjadi pemain-pemain badminton negara yang berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia…


Nama mereka aku rasa  tak perlu lagi aku sebutkan, pasti nye telah melekat di minda anda semua walaupun ketika itu anda semua masih belum wujud di dunia ni…
So kali ini aku tertarik bila ada lagi usaha di kalangan kartunis-kartunis Negara yang mahu berkongsi  bersama kejayaan atlit-atlit Negara kita yang telah membantu mengharumkan nama Negara.
Aku tertarik bila terbaca article berkenaan komik yang berkisarkan cerita kisah benar atlit Negara kita. Bagi aku usaha sebegini adalah satu usaha yang baik bagi memupuk semangat kesukanan dalam jiwa anak-anak muda kerana bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya… pepatah ni dah dibuktikan benar oleh keluarga Sidek.


Jadi usaha murni PTS dan beberapa kartunis Negara ni aku sanjung…..Mesti anda semua tertanya-tanyakan? Komik berkenaan atlit? Sape atlit tu?
Seperti biase atlit yang memang tengah hot sekarang and telah membantu mengharumkan nama Negara lain dan tak bukan Safee Sali dan Dato Lee Chong Wei kite la……….


mesti menarik bile kite dapat tahu kisah benar berkenaan bagaiman mereka menempa nama dalam sukan di ceburi masing-masing . Dan aku yakin pasti ada kisah suka-duka dalam perjalanan mereka mengharumkan nama Negara. So for me, aku rase x rugi kalau aku nak dapatkan komik ni untuk setiap edisi & harap-harap anda semua dapat menyokong hasrat murni ni juga…




opps...sebelum terlupa, kat atas ni adalah  muka depan komik yang aku ceritakan ni…jadi jom ramai-ramai kite pi beli komik…sokong lah Buatan Malaysia….

Sekian saja dari saya yang pandai nak menulis macam penulis cerpen, wartawan surat khabar atau penulis novel. Niat di hati Cuma nak berkongsi…..

permulaan semula

Assalamualaikum.....
Apa khabar semua?
Harap semua dalam keadaan yang sihat dan ceria walaupun masih ade yang kecewa sebab parti yang di sokong kalah & ade yang gembira terloncat2 macam beruk sebab wakil rakyat diorang menang bertanding...
ape2 pon bende dah selesai...so kite teruskan hidup kita....
 setelah sekian lame aku menyepi dari penulisan blog ni...tibe-tibe hari ni hati aku tergerak nak menulis semula dalam blog aku ni...

mungkin ni adalah 2nd edition punya stater pack untuk aku continue my blog....

belajar untuk lebih matang dalam penulisan blog...
and aku akan cube mencari idea-idea 

terbaik untuk aku inputkan di dalam pengisian blog aku...
one more things.......to pemilik Apakah???? hang kencing aku aaaa....sembang lama tak hupdate blog hang tapi aku tengok makin cun melecun blog hang....
http://www.mksyahir.com/
xpa2....aku sokong hang....and tak ku lupa jasa hang sebagai rakan sefutsal and selesema la cikgu!!!
sekian selamat membaca 
dan terus berkelana dalam dunia IT
PEACE NO WAR!