Tuesday 7 May 2013

Atlit Negara Bikin Gempak!!!!


Teringat aku pada suatu ketika dulu mase tengah hot-hot zaman komik anak-anak Sidek.


Tak penah miss untuk aku dapat kan setiap edisi komik tersebut….jalan cerita melalui kisah benar atlit badminton negara kite yang telah mencatat sejarah dengan membanggakan negara kita satu ketika dahulu……
Cerita bagaimana Haji Sidek membentuk lima anak lelakinya menjadi pemain-pemain badminton negara yang berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia…


Nama mereka aku rasa  tak perlu lagi aku sebutkan, pasti nye telah melekat di minda anda semua walaupun ketika itu anda semua masih belum wujud di dunia ni…
So kali ini aku tertarik bila ada lagi usaha di kalangan kartunis-kartunis Negara yang mahu berkongsi  bersama kejayaan atlit-atlit Negara kita yang telah membantu mengharumkan nama Negara.
Aku tertarik bila terbaca article berkenaan komik yang berkisarkan cerita kisah benar atlit Negara kita. Bagi aku usaha sebegini adalah satu usaha yang baik bagi memupuk semangat kesukanan dalam jiwa anak-anak muda kerana bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya… pepatah ni dah dibuktikan benar oleh keluarga Sidek.


Jadi usaha murni PTS dan beberapa kartunis Negara ni aku sanjung…..Mesti anda semua tertanya-tanyakan? Komik berkenaan atlit? Sape atlit tu?
Seperti biase atlit yang memang tengah hot sekarang and telah membantu mengharumkan nama Negara lain dan tak bukan Safee Sali dan Dato Lee Chong Wei kite la……….


mesti menarik bile kite dapat tahu kisah benar berkenaan bagaiman mereka menempa nama dalam sukan di ceburi masing-masing . Dan aku yakin pasti ada kisah suka-duka dalam perjalanan mereka mengharumkan nama Negara. So for me, aku rase x rugi kalau aku nak dapatkan komik ni untuk setiap edisi & harap-harap anda semua dapat menyokong hasrat murni ni juga…




opps...sebelum terlupa, kat atas ni adalah  muka depan komik yang aku ceritakan ni…jadi jom ramai-ramai kite pi beli komik…sokong lah Buatan Malaysia….

Sekian saja dari saya yang pandai nak menulis macam penulis cerpen, wartawan surat khabar atau penulis novel. Niat di hati Cuma nak berkongsi…..

No comments: