Tuesday 27 March 2012

Ternak Menternak

AnimaL Pets
Entry kali ni aku just nak kongsi sedikit tentang pengalaman aku menternak binatang...
sejak dari kecil lagi aku memang suke memelihara binatang untuk dijadikan pet la lebih kurang....
kadang-kadang bile cerite bab ni aku rase mcm x patut plak kan...
ye la...lelaki mcm aku yang muke pecah rumah ni ade jegak perasaan nak memelihara pets...
nak wat mcm mane bagi aku haiwan itu salah satu ciptaan istimewa Allah....
kadang2 bile kite xde teman haiwan peliharaan la yang jadi teman....

so nak di imbaskan kembali kisah aku zaman kanak2 hingga la aku dah besar panjang skarang ni  x la berapa banyak...lebih kurang 4 ekor je binatang peliharaan yang penah aku jadikan pet...
ok mule kan mase zaman kecik aku dulu ea.....
taaaaraaaaaa.......



ha ni la haiwan peliharaan aku masa zaman aku kanak-kanak lebih kurang mase darjah 2 or 3 la...
nama die Galak....pandai berkokok...dan jinak.... aku jage die dari die baru menetas lagi....
sayang sekali galak di jadikan sembelihan untuk kenduri oleh ayahku....saat nak sembelih tu aku sebak la jugak...and lauk kenduri tu aku xmkn pown...sbb mak aku pesan kalau syg sgt jgn makan....

lame jugak aku x memelihara lepas tu...aku mula balik bile masuk zaman IPT.....mcm mane ntah boleh teragak aku nak bele menatang tikus ni...ada sepasang name die tooya and tooyee....mase bela diowg ni aku rase mcm jd penternak berjaya.... hasil perkongsian hidup diowg aku berjaya membiakkan lebih 20 ekor anak tooya and tooyee.... sayang nye umur diowg x panjang....di baham kucing kat rumah aku...

selepas kematian tooya and tooyee aku beralih arah kepada saiz yang lebih besar sikit....ni ha Mr Bobo...
manja sentiase nak di mandikanand pandai posing depan kamera lebih kurang same ngan hamster2 aku dulu la... Mr bobo di serahkan kepada mak saudara ku selepas aku terpaksa melanjutkan pelajaran di kuala Lumpur....pekhabaran terakhir aku dengar die sempat melahirkan anak dalam 3 ekor x silap aku...dan biasa la haiwan x panjang umur mcm manusiakan....

ini haiwan peliharaan aku yang terakhir aku mula bela dari awal tahun 2011 hingga kini,reason aku bela diowg ni sebab baki aku ikan ni unik...bile tengok diowg nye gelagat dalam air hilang tekanan dan rase tenteram jiwa.... betapa istimewanya ciptaan Allah..... bagi aku diorang ni lebih kepada therapy minda aku semasa belajar la....still masih hidup lagi sampai sekarang tapi bukan lagi bawah jagaan aku....but my family yang jaga diorang...aku letak kat umah je....

so diorang ni la yang penah jadi teman dalam hidup aku thanks to them coz pernak buat aku happy and sedih....
bagi aku pelihara haiwan ini macam mendisiplinkan kita.....kita jaga mkn minum diorang mcm kita jaga makan minum  kita....
that all 4 today....tq :)

Monday 26 March 2012

seoul in seoul garden

Annyunghaseyo............

salah satu negara yang aku nak sangat g melancong adalah Korea.....
xtau la sebab ape.... nak kate sebab pengaruh K-Pop??

memang la aku minta K-pop...ha..ha...
tp seblum K-pop popular lagi aku dah mmg tanam citer2 nak g melancong ke sane dah....
but kali ni bukan la kau nak bagi tau korang yang dah dapat g Korea tu.....
hajat tu masih belom tercapai lagi.....
insyaAllah satu hari nanti...
cume citer ni boleh timbul lepas aku dapat perkhabaran last week 
yang my sister akan melancong ke Korea 4 april ni.....
wah syok gile tu der.......aku memang suke melancong....g tempat orang....tengok culture orang....

untuk lepas kan geram sebab x dapat g Korea lagi so last weekend aku dan keluarga aku 
g makan2 kat restoran berkonsepkan korean....
di sponsor penuh oleh my second sister....tq dear....love u a lot......
so ni rentetan aktiviti hujung minggu kami.....makan dan makan......   

BBQ and steamboat 

noodle and salad 


ni la sister aku yang sponser makan2 tu single lagi ni.....yang sebelah tu ayahanda aku a.k.a BIgBoss
my lovely mom.....
kat sini la aktiviti hujung minggu kami.....

rasenye korang smua dah familiar ngn restoran ni kan....



love weekend with my family but dalam pic ni yang xde my big bro and his wife and my sis yang akan ke Korea tu nanti....
still happy weekend love my family alot....

p/s : nak g makan kat tempat2 macam ni pastikan perot korang betul2 kosong...kalau perlu puasa lagi bagus... baru tak rugi....

Thursday 22 March 2012

belom jalan periksa dulu....


Salam semua....
Bile dah sampai hari Jumaat ni biase la dah masuk hujung minggu mesti ramai yang merancang untuk berjalankan....
Ade yang nak g bercuti, ade yang nak balik kampung, ade yang nak g kenduri kahwin and mcm2 lagi lakan....
Macam aku plak....minggu ni aku plan nak balik kampung.....wooohooo...
So bile kite nak balik kg dengan kenderaan sendiri anda semua harus pastikan kenderaan anda selamat untuk sebelum mulakan perjalanan anda...
So kat sini saye nak berkongsi sikit tips menyelengarakan kenderaan anda sebelum perjalanan jauh...
Lets read it....
Tayar
Tayar adalah salah satu komponen penting pada kenderaan anda. Sebelum memulakan perjalanan periksa keadaan tayar anda sama ada tidak botak,pastikan bunga pada tayar masih lagi tebal ini dalah penting untuk mengekalkan cengkaman pada jalan raya terutama waktu hujan. Pastikan kandungan aingin dalam tayar juga mencukupi tidak kurang atau lebih dari had PSI

Air radiator
Untuk mengelakkan dari kenderaan anda mengelami overheat dan terpakse tersadai kat tepi jalan macam yang aku dah alami bulan lepas sebaiknya anda periksa air di dadalm tangki tersebut pastikan cukup mengikut level dan tiada kebocoran yang berlaku. Kalau tak nak kene deal ngn geng2 Toing makan duit la babe….

 Minyak enjin
Pastikan minyak enjin mencukupi mengikut level yang ditetapkan. Tempoh minyak itan juga perlu di ambil berat kerana minyak hitam yang telah lame digunakan tidak dapat melincirkan enjin dengan sebaiknya kerana mungkin terdapat kekotoran.

Minyak
Minyak petrol tentu la kowang smua kene pastikan di isi sebelum bertolak. Isi mengikut keperluan dan pastikan jarak perjalanan dan buat la kira2 anda sendiri untuk mengagak nye…

Diri anda
Untuk diri anda semua pulak pastikan rehat yang secukupnya...elakkan memandu dalam keadaan letih dan mengantuk kerana ia membahayakan keselamatan anda dan keluarga anda.


Peralatan Sampingan
Pastikan kereta anda di lengkapi dengan peralatan seperti fisrt aid, pembuka tayar, lampu suluh dan jangan lupa bawak air biasa untuk kecemasan.

p/s: selamat memandu, anda mampu mengubahnya dan ingatlah orang yang tersayang....




dah register....

ok now aku dah move forward one step lg....

baru je selesai register nuffnang......



harap-harap berhasil la yer......

P/S: orang dah berabad dah register aku baru la nak kenal dunia blogger ni.

Wednesday 21 March 2012

OOHHH.......Spicy Lemak Cili Padi

Pukul  1.00 pm confirm korang semua berpusu-pusu nak g lunch lepas penat pulun wat kejekan...
Bile time ni jugak la kepala aku mule la terngiang-ngiang masakan mak aku...
Kat KL nak dpt masakan yang  trully masakan kampung yang kaw keng-keng nye mmg payahla kan...
Ha..ha... ni ha aku nak share sikit jenis2 masakan masak lemak cili padi org N9 yang mmg extra pedas and menjadi lauk peberet aku......

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi


Ayam Masak Lemak Cili Padi


Perut + Rebung  Masak Lemak Cili Padi


Ikan (Kembung@Tenggiri@Cencaru@lain-lain) Masak Lemak Cili Padi


Ikan keli Masak Lemak Cili Padi


Ketam Masak Lemak Cili padi


Sotong Masak Lemak Cili Padi


Udang Masak Lemak Cili Padi


Nangka Masak Lemak Cili Padi


Telur Itik Masak Lemak Cili Api


Nenas + Ikan Masin Masak Lemak Cili padi

So enjoy your lunch.......
p/s : makanlah ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang......


Tuesday 20 March 2012

Dont be Takut To Gagal


“GAGAL” kenapa perlu ade tekanan?
Semua orang penah rasa kegagalan even Robert Kwok raja gula pon penah gagal dalam hidup….so ape yang perlu kite tekanan sangat bile cerite soal kegagalan….

For me “gagal” adalah salah satu proses mematangkan kite dalam segala bentuk jalan ceritera kehidupan ni…

Aku sendiri penah jatuh dan merangkak untuk bangun semula…

Kat sini ade la sedikit kata-kata yang mungkin boleh memotivasi kan diri anda yang tengah tertekan dek sebabkan kegagalan...
So chill babe…

Kata-Kata Inspirasi Selepas Mengalami Sesuatu Kegagalan
  1. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

  1. Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

  1. Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.

  1. Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.

  1. Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.

  1. Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.


  1. Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.

  1. Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.


  1. Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.

  1. Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.
so lepas ni jangan lah anggap kegagalan tu sesuatu yang negatif dalam perjalanan hidup kita. kegagalan itu mematangkan kita dan mengajar kita apa itu ertinya kehidupan and the most important things is...jangan lupa pada yang maha kuasa walau dalam senang malah dalam kesusahan....


Monday 19 March 2012

mari melaboq!!!

Percaya atau tidak duit gaji bulanan kite belum tentu cukup untuk kite kehidupan mase depan kite
Sitiap orang ade keinginan nak itu, nak ini,pergi situ, pergi sini
So korang rase cukup ker dengan gaji bulanan korang untuk tampung kehendak korang yang selalunye melebihi kemampuan....
Aku sendiri mengaku x cukup kot untuk aku...ha..ha..
Kali ni bukan nak cerita pasal MLM ker business sampingan ker....
But just nak kongsi  Tips untuk membuat pelaburan...
Bagi aku pelaburan adalah perancangan kewangan untuk  jangke mase panjang....
So lets learn together.....

 MERANCANG PELABURAN ANDA

 Langkah 1: Tahu mengapa anda hendak melabur
Sebelum anda melabur, anda perlu tahu tujuan pelaburan anda, iaitu matlamat dan objektif kewangan anda. Anda perlu tetapkan matlamat sebelum anda membuat pelaburan contohnya pelaburan untuk membeli rumah,begitu juga dengan objektif,objektif anda melabur untuk dapatkan pendapatan dari pelaburan untuk perancangan matlamat anda J

Langkah 2: Tahu isu utama yang perlu diambil kira apabila melabur
 Memandangkan pelaburan ialah komitmen jangka panjang, anda perlu mengambil kira kemampuan dan keupayaan anda untuk melabur sebelum anda membuat pelaburan. Anda perlu tahu jumlah kemampuan anda untuk melabur, jenis pelaburan, fahami secara terperinci produk pelaburan anda, jangka masa pelaburan anda, hasil pulangan, risiko, dan cara pemantauan pelaburan anda. J


Langkah 3: Tahu strategi dan konsep melabur
Sebelum membuat pelaburan, anda perlu tahu strategi yang sesuai untuk anda gunakan dalam pelaburan contohnya strategi pempelbagaian,dalam strategi ini anda dapat kurang kan risiko dalam pelaburan anda...
Beberapa perkara penting lagi yang perlu anda fahami ialah konsep melabur seperti
1. Nilai masa wang
2. Impak inflasi dan cukai
3. Memaksimumkan pulangan
4. Ringgit cost averaging
5. Hubungan risiko dengan pemulangan

Langkah 4: Tahu pelaburan mana yang sesuai untuk anda
Sebelum anda memilih sebarang produk pelaburan, adalah penting bagi anda memahami pelaburan tersebut terlebih dahulu. Setiap aset adalah unik dan mempunyai profil risiko pulangan yang berbeza yang membolehkan anda melabur untuk mencapai matlamat kewangan yang berbeza


PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN DALAM PELABURAN
Terdapat beberapa amalan yang perlu anda elakkan semasa membuat keputusan untuk melabur bagi mengurangkan risiko menanggung kerugian:
JANGAN meminjam untuk melabur - Anda tidak seharusnya menggunakan wang orang lain untuk melabur atau mengeluarkan wang tunai daripada kad kredit anda. Sekiranya anda tidak mempunyai wang, jangan melabur  tapi dalam masa sekarang ni  ramai jugak yang buat personal loan untuk melabur dan mengikut pendapat saya ia menguntungkan juga. Terpulang pada anda.
JANGAN melabur semata-mata untuk mendapatkan pulangan yang cepat dan tinggi - Pulangan yang cepat lazimnya mempunyai risiko yang tinggi. Hati-hati  terhadap skim cepat kaya haram yang menjanjikan pulangan wang yang cepat atas pelaburan anda. Dalam Skim Cepat kaya tiada yang benarnye, lebih baik membuat pelaburan di institusi kewangan yang sah dah banyak produk pelaburan yang ada,ni ade satu link anda boleh tengok. www.bankpstn.com.my
JANGAN melabur dalam pelaburan yang berisiko tinggi kecuali anda benar-benar bersedia untuk menghadapi risiko tersebut. Melabur lah ikut kemampuan anda jangan sehingga anda tidak mampu menanggung perbelanjaan harian anda sudahlah.. :)
JANGAN melabur berdasarkan "hot tips" dan khabar angin

KESIMPULAN
Anda tidak seharusnya membuat sebarang keputusan melabur secara tergesa-gesa. Jadila pelabur yang bijak dengan mencari maklumat yang secukupnye sebelum anda membuat pelaburan. Semoga berjaya bersama kita tingkatkan ekonomi kita.
 p/s:jika ada maklumat tambahan sila berkongsi yer...

Diri Ku.....

sejarah.....
apa itu sejarah?
bagi aku sejarah adalah benda yang penah berlaku pada diri kita...
kenapa tibe2 aku cerita bab sejarah plak ni????
ok la...1st of all aku cume nak crite serba sedikit tentang sejarah hidup aku....


aku sama seperti mana2 bayi lain yang di lahirkan di dunia ini... 
menanti untuk parents aku mewarnai hidup aku dan mencorakkan perjalanan mula hidup aku...
syukur Alhamdulillah aku dilahirkan dalam keluarga Islam yang penuh dengan kasih sayang....
thanks a lot to my papa and mama......

Saturday 17 March 2012

assalamualaikum......langkah pertama...

hari Ahad? hari cuti? tapi mase cuti aku rase mcm kosong sangat minggu ni....bangun pagi tak tau nak wat per....macam biase belek2 FB aku,lepas tu layan la video lagu ape yang ade kat dalam lappy aku.... teringat plak kawan aku MKsyahir.blogspot.com dah bukak blog and ajak aku tuk sme2 join die wat blog....mcm interensting gak idea die tu... dari aku buang mase tido and makan je time cuti...makin bertambah berat badan...baik aku ce try test tengok perah idea dlm kepala ni tuk wat blog aku sendiri....for me tujuan wujudnye blog aku ni xde la besar mane pon...just nak isi mase lapang and kongsi maklumat and idea yang aku ade dengan rakan2 kat dalam dunia IT yang luas ni....so pendekkan cerite...sebab bosan dengan xde aktiviti and atas galakan member so wujudlah blog aku yang x seberapa ni dengan nama berdaftar nye Botolminda sinonim untuk ape yang aku fikirkan dalam kepala otak aku ni.....so anyway tq  for my friend MKsyahir@blogspot.com...