Saturday, 12 May 2012

The Curve di Landa Makhluk Pemakan


Assalamualaikum.......
Dah lame dah tak coret and kongsi cerite dalam blog......mungkin sebab dah kontang idea and terlalu sibuk dengan kerja harian....almaklumla...dah nak hujung-hujung practical ni...macam-macam report yang nak disiapkan....sorry sesangat......sampai dapat komplen dah dari rakan blog rapat MKSyahir & Oniesensei......tu yang pulun gak buat entry kali ni.....ha...ha...tq guys sebab bagi galakan......

Entry kali ni takdo papo sangat yang istimewo yang nak den citokan......just nak kongsi what happen around one week before....macam minggu-minggu yang sebelum-sebelum nya...macam biase aku perlu menghabiskan sisa baki tugas aku sebagai pelajar pelatih di Bank Persatuan Kuala Lumpur,Kowunk penah dengar ke name Bank tu?Macam tak je kan.....Klick kat kat link yang aku wat tu....

Hari demi hari tugasan yang diberikan aku laksanakan dengan penuh kededikasian....but the real challenges bila aku dapat tasks untuk buat conduct aktiviti bebas pada khamis lepas...Bos aku kali ni lebih suke menerapkan briefing  pagi untuk discuss produk and problem...but hari khamis is the day yang die nak we all staf make one activity yang boleh build up our self confident...so dengan idea yang aku dapat daripada ajk aktiviti program dekat tempat blaja aku dulu Mr. Oniesenssei, aku pown aktiviti LDK yang simple..time la aku tengok muke orang-orang tue berkerut fikir idea nak selesaikan maslah yang aku bagi kat diorang...credit to MR.oniesenseii sebab bg idea yang bernas...


berkerut memikir



Hari minggu aku pulak,macam biasa adelah hari untuk rehat-rehat and guling-guling kan diri....tapi last Saturday i got invitation dari my lecture untuk attend wedding ceremony die.So sabtu hari jalan-jalan, makan-makan with my Ms.Cinta...Balik dari Wedding ceremony at Klang we all gi melalak terlolong-lolong kat Redbox the Curve....nak kate suare aku i sedap tak la...tapi lau aku masuk Mania kompom Mnasir, Aubrey and Ahmad Dhani meleleh ayaq liuq dengar aku menyanyi...(sebab tak sedap sgt).Lepas dah mengosongkan perut dengan melalak ala-ala  pictching ke laut we alls pown memenuhkan tangki perut yang dah kosong tadi at ikea, aik kat ikea kan jual perabot...ha tu la....special nye ikea...food court die bile time hujung minggu kompom penuh...nak kate orang ramai-ramai datang nak beli perabot tak lakan...diorg kebanyakan nya datang sebab nak mamam kat foodcourt die je..penuh mcm ulat nangke....ni sume sebab meatball and chicken wings diorang yang best sgt tu....harge pown boleh tahan....so berbaloi....


sampai licin Ms.Cinta makan

sekor ayam ke ape ni


But today is Sunday...still ade sehari lagi hari nak chill ngn kekawan,nak guling-guling atas katil or berDota sampai mutah hijau Viper...So dengan harapan something yang best happen with me so ade la cite nak conteng kat dalam entry baru nanti....so  ADIOS and BONAPETIT.....ha...ha....

Monday, 7 May 2012

segmen bloglist bulan mei by hadifah

Assalamualaikum....
pemula bicara.....
minggu ni banyak pulak rerakan blog botolminda tag mengenai segmen-segmen ni.....
credit to senseii sebab tangan die gatal sangat nak tag botolminda nak soh join segmen-segmen yang die dah join......
botolminda pown tengah rajin nak join segmen2 ni...bukan pe....mudah sikt nak update blog lau join segmen ni...kekadang tu xde cerite menarik yang botolminda nak kongsikan dengan anda semua...sebab tu dekat dua minggu botolminda duduk senyap menyuruk bawah meja...sebab takde idea.....
taknak buang masa lah...so jom kite join segmen ni......

kiut kan banner kat atas ni.....blog nye pown menarik....kowunk g lawak jejak kan kaki kat sane.....and join segmen ni......untuk segmen kali ni botolminda nak tag dua orang kawan blogger botolminda.....


Sunday, 6 May 2012

Blog alyzafisol.com Giveaway

assalamualaikum.....

setelah sekian lame tak menconteng kat blog ni....botolminda tetibe sesuker hati dier je nak join giveaway.....
boleh dikatekan ni giveaway kedua yang botolminda nak join.....

nak tau tak giveaway die aper?jom tgk and layan je la pe yang patut....

ni la die...cool.....menarik la..jom join semua...







Thursday, 3 May 2012

istimewanya Jumaat ini.....



assalamualaikum.....
kehadiran Jumaat sekali lagi menggerakkan hati ini untuk berkongsi ilmu dan memperbaiki diri sendiri yang  tidak sesempurna mana...mencari keredhaan Allah.....seperti Jumaat yang lepas aku ingin berkongsi sedikit ilmu yang aku dapat dalam dunia tanpa sepadan ini yang boleh kite sama-sama kongsikan untuk perbaiki diri kita....harap rakan-rakan semua sudi membaca nya.....

Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.
Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kesimpulan
·         Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
·         Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
·         Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)
Artikel dimasukkan pada 25 Februari 2011