Thursday, 26 April 2012

Jumaat datang lagi....



Asslamualaikum.....
salam penghulu segala hari....
Alhamdulillah bertemu lagi kita pada hari Jumaat iaitu penghulu segala hari yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah.....namun sebagai muslim, dah kite tahu kewajipan bagi seorang lelaki muslim untuk mengerjakan solat Jumaat...Betul tak? entry kali ni Botolminda lebih nak mengingat kan lagi diri Botolminda di samping dapat berkongsi bersama rakan-rakan semua....Botolminda tak lah pandai sangat bab agama ni...tapi Botolminda teringin nak berkongsi jugak...tak salah kan?....

First of all Botolminda nak kongsi sikit sebanyak mengenai solat Jumaat dengan anda semua...
jom same-sama kita perbaiki diri dan selami ilmu Allah....




1.Dalil Al-quran dan Hadis

Firman Allah SWT:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat maka segeralah kamu pergi kemasjid untuk mengingati Allah [ dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [ pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu jika kamu mengetahui hakikat sebenarnya,” sural Al-Jumu’ah Ayat 9

Sabda Rasulullah SAW
“Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit.” (Hadis riwayat Abu Dawud & Hakim)

2.Syarat Wajib Solat Jumaat

a)        Islam
b)        Baligh
c)        Berakal
d)       Merdeka
e)        Lelaki
f)         Sihat
g)       Bermastautin atau bermukim


3. Syarat Sah solat Jumaat

1.  Didirikan  di dalam waktu Zuhur
2.  Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
3.  Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
4.  Didahului dengan dua khutbah





4.  Pengecualian dari menunaikan solat Jumaat

Seorang muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:

1.        Sakit- iaitu sakit yang menyukarkan untuk kemasjid atau bimbang akan memudaratkan penyakitnya.
2.        Hujan – jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid
3.        Musafir- Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir
4.        Takut dizalimi- Orang yang bersembunyi kerana takut dizalimi
5.        Perang- Orang yang berada di medan perang


5.        Perkara sunat Dilakukan pada hari Jumaat

1.        Mandi sunat hari Jumaat
2.        Memotong kuku
3.        Memotong,mencabut atau megunting bulu[ketiak,hidung,misai]
4.        Bersugi
5.        Memakai wangi-wangian
6.        Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik
7.        Bersegera ke masjid
8.        Berniat iktikaf
9.        Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid
10.     Memperbanyakkan berzikir,membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi




ok la mungkin setakat ni je ilmu yang ade pada Botolminda yang dapat saye kongsikan bersama anda semua...harap kite same-same belajar and mengubah diri kite kepada yang lebih baik....Ingat lah Allah ketika kita senang nescaya allah akan meningati kita ketika kita susah....

P/S : kalau ade yang salah tolong betulkan...

Wednesday, 25 April 2012

menang besaq lagi...

assalamualaikum......
wah excited sesangat aku nak tulis entry hari ni.....walaupun badan tak berapa sihat, rase macam nak demam-demam,aku tetap dengan tanggungjawab aku pergi bekerja....Kat opis berlambak pulak kojer-kojer yang nak di siapka...tapi smpat lagi aku curik mase nak bukak Blog....Dalam tengah-tengah syok bace filem Heiran karangan Kak Herba Tihara,best tau layan movie tu..layan habis....sesambil tu aku terbaca entry dia tentang keputusan pemenang GA herba Tihara,ghase-ghasenye tu la segmen give away yang pertama aku join sejak aku mula berkecimpung dalam dunia blog ni....
so aku pown excited tahap gaban nak check same ade aku menang ke tidak....ha...ni yang best nak citer ni....
for the 1st time i join and the luck is mine....he..he...menang jugak Botolminda dalam segmen GA Herba Tihara...wah bangga nye saye jadi pemenang...walaupun menang di tempat ke-9 tapi sukenye saye....terus ade point nak citer dalam entry hari ni...ha...ha....Tq Kak Herba Tihara.....lepas ni kalau ade wat segmen give away lagi kompom rajin nak join.....



kalau korang nak tengok keputusan penuh klik kla kat pic ni....

Tuesday, 24 April 2012

Journey to the Riverside


Seminggu membanting tulang mencari rezeki di Ibu Kota Kuala Lumpur memenat kan aku dan raka-rakan aku MK syahir and Onie senseii, hujung minggu adalah waktu yang paling sesuai untuk kami bertiga merehatkan diri dalam segala apa jua perkara,we olls cukup minat untuk travel makan angin,So hujung minggu lepas kami menghabiskan seharian masa kami bersam di tempat yang tenang dan menyamankan.....nak tau kat mana? Clik kat sini  dulu then Layan pic ni dulu OK......

ni kes x sabo nak terjun dalam ayaq la ni....



indahnya ciptaan Allah



air yang deras Kompem ade buaya tu kat belakang tu...


hijau bumi Tuhan


ape yg dimunungkan kan tu Oniesenseii oi....
 
ok tdah layankan.....tq...tempat ni popular dengan panggilan Sg.Genting tapi name sebenarnya aku tak tau la plak....puas aku tanya kat En.Google tapi die pown tak tau.....Perjalanan nak ke sana ambil mase lebih kurang satu jam dari Petaling Jaya, melalui jalan lama ke Genting Highland Atau Batang kali, Kowunk nak tau ceritera sepanjang trip aku ke sana? Kat sini Ade......Apakah?? dan ThisSenseii

p/s: Segala keletihan kami tinggalkan di Sg.Genting 

Friday, 20 April 2012

Promosi Hebat Untuk Anda Jangan Lepaskan

Hello.....hello....hello...hello....
Hari ni botolminda xde nak citer pepanjang sangat sebab botol dah kosong xde isi nak di ceritekan....
Tapi kan....kan....kan.....botol ade something nak bagitau korang semua......
nak tau tak? mesti taknak kan? xpe botolminda tak heran powh....he...he...just joke ok....

Sebenarnye hari ni Botolminda dah move onestep lagi.....
nak tau tak gerak one step tu yang mcm mane tu?
Botol minda bergolek-golek  sambil goyang pinggul kanan dan kiri ikut lagu Elephent.....
nampak mcm same jekan?xde berubah pon....
Si botol ni tadi kate xde banyak cerita...yang ko pi berceloteh pepanjang ni nape? 
aku tuing pale tu nanti...dah...dah...g bagitau cepat kat diowang....
cian kot kat diowang....
tah ape tah yang di carut kan...

ok la...yang sebenarnya Botolminda dah buat satu lagi page kat dalam Blog Botolminda ni....
Page untuk ape?Kat page ni la Botolminda akan mulakan satu aktiviti pencarian rezeki untuk Botolminda....Botolminda jual ape?

kalau korang nak tau jom layan kat page baru Botolminda ok.....

Tekan kat sini ea...tekan tau jangan tak tekan....