Thursday, 26 April 2012

Jumaat datang lagi....



Asslamualaikum.....
salam penghulu segala hari....
Alhamdulillah bertemu lagi kita pada hari Jumaat iaitu penghulu segala hari yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah.....namun sebagai muslim, dah kite tahu kewajipan bagi seorang lelaki muslim untuk mengerjakan solat Jumaat...Betul tak? entry kali ni Botolminda lebih nak mengingat kan lagi diri Botolminda di samping dapat berkongsi bersama rakan-rakan semua....Botolminda tak lah pandai sangat bab agama ni...tapi Botolminda teringin nak berkongsi jugak...tak salah kan?....

First of all Botolminda nak kongsi sikit sebanyak mengenai solat Jumaat dengan anda semua...
jom same-sama kita perbaiki diri dan selami ilmu Allah....




1.Dalil Al-quran dan Hadis

Firman Allah SWT:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat maka segeralah kamu pergi kemasjid untuk mengingati Allah [ dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [ pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu jika kamu mengetahui hakikat sebenarnya,” sural Al-Jumu’ah Ayat 9

Sabda Rasulullah SAW
“Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit.” (Hadis riwayat Abu Dawud & Hakim)

2.Syarat Wajib Solat Jumaat

a)        Islam
b)        Baligh
c)        Berakal
d)       Merdeka
e)        Lelaki
f)         Sihat
g)       Bermastautin atau bermukim


3. Syarat Sah solat Jumaat

1.  Didirikan  di dalam waktu Zuhur
2.  Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
3.  Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
4.  Didahului dengan dua khutbah





4.  Pengecualian dari menunaikan solat Jumaat

Seorang muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:

1.        Sakit- iaitu sakit yang menyukarkan untuk kemasjid atau bimbang akan memudaratkan penyakitnya.
2.        Hujan – jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid
3.        Musafir- Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir
4.        Takut dizalimi- Orang yang bersembunyi kerana takut dizalimi
5.        Perang- Orang yang berada di medan perang


5.        Perkara sunat Dilakukan pada hari Jumaat

1.        Mandi sunat hari Jumaat
2.        Memotong kuku
3.        Memotong,mencabut atau megunting bulu[ketiak,hidung,misai]
4.        Bersugi
5.        Memakai wangi-wangian
6.        Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik
7.        Bersegera ke masjid
8.        Berniat iktikaf
9.        Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid
10.     Memperbanyakkan berzikir,membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi




ok la mungkin setakat ni je ilmu yang ade pada Botolminda yang dapat saye kongsikan bersama anda semua...harap kite same-same belajar and mengubah diri kite kepada yang lebih baik....Ingat lah Allah ketika kita senang nescaya allah akan meningati kita ketika kita susah....

P/S : kalau ade yang salah tolong betulkan...

4 comments: