Monday, 19 March 2012

mari melaboq!!!

Percaya atau tidak duit gaji bulanan kite belum tentu cukup untuk kite kehidupan mase depan kite
Sitiap orang ade keinginan nak itu, nak ini,pergi situ, pergi sini
So korang rase cukup ker dengan gaji bulanan korang untuk tampung kehendak korang yang selalunye melebihi kemampuan....
Aku sendiri mengaku x cukup kot untuk aku...ha..ha..
Kali ni bukan nak cerita pasal MLM ker business sampingan ker....
But just nak kongsi  Tips untuk membuat pelaburan...
Bagi aku pelaburan adalah perancangan kewangan untuk  jangke mase panjang....
So lets learn together.....

 MERANCANG PELABURAN ANDA

 Langkah 1: Tahu mengapa anda hendak melabur
Sebelum anda melabur, anda perlu tahu tujuan pelaburan anda, iaitu matlamat dan objektif kewangan anda. Anda perlu tetapkan matlamat sebelum anda membuat pelaburan contohnya pelaburan untuk membeli rumah,begitu juga dengan objektif,objektif anda melabur untuk dapatkan pendapatan dari pelaburan untuk perancangan matlamat anda J

Langkah 2: Tahu isu utama yang perlu diambil kira apabila melabur
 Memandangkan pelaburan ialah komitmen jangka panjang, anda perlu mengambil kira kemampuan dan keupayaan anda untuk melabur sebelum anda membuat pelaburan. Anda perlu tahu jumlah kemampuan anda untuk melabur, jenis pelaburan, fahami secara terperinci produk pelaburan anda, jangka masa pelaburan anda, hasil pulangan, risiko, dan cara pemantauan pelaburan anda. J


Langkah 3: Tahu strategi dan konsep melabur
Sebelum membuat pelaburan, anda perlu tahu strategi yang sesuai untuk anda gunakan dalam pelaburan contohnya strategi pempelbagaian,dalam strategi ini anda dapat kurang kan risiko dalam pelaburan anda...
Beberapa perkara penting lagi yang perlu anda fahami ialah konsep melabur seperti
1. Nilai masa wang
2. Impak inflasi dan cukai
3. Memaksimumkan pulangan
4. Ringgit cost averaging
5. Hubungan risiko dengan pemulangan

Langkah 4: Tahu pelaburan mana yang sesuai untuk anda
Sebelum anda memilih sebarang produk pelaburan, adalah penting bagi anda memahami pelaburan tersebut terlebih dahulu. Setiap aset adalah unik dan mempunyai profil risiko pulangan yang berbeza yang membolehkan anda melabur untuk mencapai matlamat kewangan yang berbeza


PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN DALAM PELABURAN
Terdapat beberapa amalan yang perlu anda elakkan semasa membuat keputusan untuk melabur bagi mengurangkan risiko menanggung kerugian:
JANGAN meminjam untuk melabur - Anda tidak seharusnya menggunakan wang orang lain untuk melabur atau mengeluarkan wang tunai daripada kad kredit anda. Sekiranya anda tidak mempunyai wang, jangan melabur  tapi dalam masa sekarang ni  ramai jugak yang buat personal loan untuk melabur dan mengikut pendapat saya ia menguntungkan juga. Terpulang pada anda.
JANGAN melabur semata-mata untuk mendapatkan pulangan yang cepat dan tinggi - Pulangan yang cepat lazimnya mempunyai risiko yang tinggi. Hati-hati  terhadap skim cepat kaya haram yang menjanjikan pulangan wang yang cepat atas pelaburan anda. Dalam Skim Cepat kaya tiada yang benarnye, lebih baik membuat pelaburan di institusi kewangan yang sah dah banyak produk pelaburan yang ada,ni ade satu link anda boleh tengok. www.bankpstn.com.my
JANGAN melabur dalam pelaburan yang berisiko tinggi kecuali anda benar-benar bersedia untuk menghadapi risiko tersebut. Melabur lah ikut kemampuan anda jangan sehingga anda tidak mampu menanggung perbelanjaan harian anda sudahlah.. :)
JANGAN melabur berdasarkan "hot tips" dan khabar angin

KESIMPULAN
Anda tidak seharusnya membuat sebarang keputusan melabur secara tergesa-gesa. Jadila pelabur yang bijak dengan mencari maklumat yang secukupnye sebelum anda membuat pelaburan. Semoga berjaya bersama kita tingkatkan ekonomi kita.
 p/s:jika ada maklumat tambahan sila berkongsi yer...

No comments: