Tuesday, 20 March 2012

Dont be Takut To Gagal


“GAGAL” kenapa perlu ade tekanan?
Semua orang penah rasa kegagalan even Robert Kwok raja gula pon penah gagal dalam hidup….so ape yang perlu kite tekanan sangat bile cerite soal kegagalan….

For me “gagal” adalah salah satu proses mematangkan kite dalam segala bentuk jalan ceritera kehidupan ni…

Aku sendiri penah jatuh dan merangkak untuk bangun semula…

Kat sini ade la sedikit kata-kata yang mungkin boleh memotivasi kan diri anda yang tengah tertekan dek sebabkan kegagalan...
So chill babe…

Kata-Kata Inspirasi Selepas Mengalami Sesuatu Kegagalan
  1. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

  1. Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

  1. Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.

  1. Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.

  1. Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.

  1. Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.


  1. Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.

  1. Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.


  1. Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.

  1. Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.
so lepas ni jangan lah anggap kegagalan tu sesuatu yang negatif dalam perjalanan hidup kita. kegagalan itu mematangkan kita dan mengajar kita apa itu ertinya kehidupan and the most important things is...jangan lupa pada yang maha kuasa walau dalam senang malah dalam kesusahan....


No comments: