Tuesday, 22 May 2012

anak melayu yang boleh kita banggakan lagi


Assalamualaikum.......
Selamat ketemu lagi kepada rakan-rakan blogger yang baik lagi kreatif dalam penulisan masing-masing...tak macam aku ni yang malas sangat nak hupdate entry selalu...hua...hua....

Enrtry kali aku nak cerite sikit pasal perkembangan dunia bola sepak tanah air kiter...aku rase korang semua dah boleh agak dah kan cerite ape yang aku nak pot-pet kat dalam entry ni...and aku rase ramai di antara korang semua yang dah tau pasal berite ni...walaupun lambat tapi aku tetap nak citer jugak...aku nye suke la blog aku kan....

ni mase si nazmi ni tengah jalani sesi latihan

Aku berbangga and respect dengan remaja sorang ni...sape die? Ha tentu lah si Nazmi Faiz Mansor yang kini semakin menjadi ikon muda dalam dunia bola sepak tanah air... dengan bakat dan kegigihan yang ade anak muda ini kini mencapai cita-cita nya untuk bermain di liga profesional, tahniah aku ucapkan kepada Nazmi Faiz Mansor...

tq kura-kura.my Nazmi menandatangani kontrak

Aku percaya dengan berjayanya beliau mendapat tempat dalam pasukan utama dan telah menandatangani kontrak selama tiga tahun di kelab devisyen satu Portugal SC Biera Mar, akan menaikkan lagi semangat anak-anak muda kita dalam dunia sukan yang mereka minati terutama bola sepak..

bersama rakan sepasukan yang baru


Lepas aku baca paper pagi tadi aku pon dengan penuh minat gi search kat google pasal kelab SC Biera Mar,kalau search kat google pic boleh kate banyak gak pic si nazmi ni keluar...tapi yang lebih menambahkan kebanggaan aku sebagai penyokong bola sepak tanah air, Kelab SC Biera Mar ni sebaris dengan kelab-kelab gergasi devisyen satu Portugal seperti FC Porto, dan kelab tersebut kini menduduki tangga ke-12 dalam liga tersebut...

good luck

Walaupun aku tak berapa pandai main bola tapi aku tetap bangga dengan beliau kerana mampu menunjukkan pada mata dunia bahawa orang melayu dan pemain-pemain Malaysia juga setanding dengan pemain-pemain lain di setiap pelosok dunia.

Apa yang aku harapkan Nazmi Faiz Mansor tidak akan melupakan asal-usul beliau seperti mana yang berlaku kepada anak kelahiran malaysia yang sebelum ini mendapat peluang seperti beliau untuk bermain di liga luar(titus). Aku jugak harap dengan bermainnya Nazmi di sana dapat menaikkan lagi rangking kedudukan negara kita dalam senarai FIFA... Majulah sukan Untuk negara....

4 comments:

Cik Adieb said...

Comellah Nazmi ni :)

takiyaoceto said...

comel dan berbakat.....

mohamad shazni said...

untunglah beliau,,di usia muda telah mendpt peluang sebegini..harap en.takiya pula dpt peluang sebegini

takiyaoceto said...

SAYE DAH TUA....CARI PELUANG LAIN JE LA....