assalamualaikum.....
kehadiran Jumaat
sekali lagi menggerakkan hati ini untuk berkongsi ilmu dan memperbaiki diri
sendiri yang tidak sesempurna
mana...mencari keredhaan Allah.....seperti Jumaat yang lepas aku ingin
berkongsi sedikit ilmu yang aku dapat dalam dunia tanpa sepadan ini yang boleh
kite sama-sama kongsikan untuk perbaiki diri kita....harap rakan-rakan semua
sudi membaca nya.....
Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya
“Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’.
Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu
(melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama
jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan.
Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan
takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan
hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal
kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.
Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan
hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah
berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’
iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW
bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi
yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk
syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita
sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka
perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat.
Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan
lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari
yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang
penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang
hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya,
selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada
satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah,
langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas
kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W
bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang
disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat.
Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia
dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam
membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan
ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga
merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa
meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa
hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa
hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa
yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban
seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi
hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia
seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar,
malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa
yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat
semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah
S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke
masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya.
Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T
mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga
kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama
mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah
sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami,
kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya
Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
·
Melalui penerangan itu jelas
sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia
turut dimuliakan umat Islam.
·
Apabila imam naik ke mimbar,
malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa
yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat
semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
·
Melalui penerangan itu jelas
sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia
turut dimuliakan umat Islam.
Sumber:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah
Islam Malaysia (YADIM)
Artikel
dimasukkan pada 25 Februari 2011