Asslamualaikum.....
salam penghulu segala hari....
Alhamdulillah bertemu lagi kita pada hari Jumaat iaitu penghulu
segala hari yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah.....namun
sebagai muslim, dah kite tahu kewajipan bagi seorang lelaki muslim untuk
mengerjakan solat Jumaat...Betul tak? entry kali ni Botolminda lebih nak
mengingat kan lagi diri Botolminda di samping dapat berkongsi bersama
rakan-rakan semua....Botolminda tak lah pandai sangat bab agama ni...tapi
Botolminda teringin nak berkongsi jugak...tak salah kan?....
First of all Botolminda nak kongsi sikit sebanyak mengenai solat
Jumaat dengan anda semua...
jom same-sama kita perbaiki diri dan selami ilmu Allah....
1.Dalil
Al-quran dan Hadis
Firman
Allah SWT:
Wahai
orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada
hari Jumaat maka segeralah kamu pergi kemasjid untuk mengingati Allah [ dengan
mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [ pada saat itu]; yang
demikian adalah baik bagi kamu jika kamu mengetahui hakikat sebenarnya,” sural
Al-Jumu’ah Ayat 9
Sabda
Rasulullah SAW
“Solat
Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang islam dengan berjemaah,
kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak,
dan orang yang sakit.” (Hadis riwayat Abu Dawud & Hakim)
2.Syarat
Wajib Solat Jumaat
a) Islam
b) Baligh
c) Berakal
d) Merdeka
e) Lelaki
f) Sihat
g) Bermastautin
atau bermukim
3. Syarat
Sah solat Jumaat
1. Didirikan di dalam
waktu Zuhur
2. Tempat mendirikan solat
Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid,
dewan, padang dan sebagainya.
3. Mestilah berjemaah dengan
sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
4. Didahului dengan dua
khutbah
4. Pengecualian dari
menunaikan solat Jumaat
Seorang
muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari
menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:
1. Sakit-
iaitu sakit yang menyukarkan untuk kemasjid atau bimbang akan memudaratkan penyakitnya.
2. Hujan –
jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid
3. Musafir-
Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir
4. Takut
dizalimi- Orang yang bersembunyi kerana takut dizalimi
5. Perang-
Orang yang berada di medan perang
5. Perkara
sunat Dilakukan pada hari Jumaat
1. Mandi
sunat hari Jumaat
2. Memotong
kuku
3. Memotong,mencabut
atau megunting bulu[ketiak,hidung,misai]
4. Bersugi
5. Memakai
wangi-wangian
6. Berhias
diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik
7. Bersegera
ke masjid
8. Berniat
iktikaf
9. Solat
sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid
10. Memperbanyakkan
berzikir,membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi
ok la
mungkin setakat ni je ilmu yang ade pada Botolminda yang dapat saye kongsikan
bersama anda semua...harap kite same-same belajar and mengubah diri kite kepada
yang lebih baik....Ingat lah Allah ketika kita senang nescaya allah akan
meningati kita ketika kita susah....