Monday 9 April 2012

musim salji di kuala lumpur?

Assalamualaikum kepada rakan-rakan pembaca....tengah hari yang panas dek cahaya dari bintang terbesar ciptaan Ilahi membuat kan ramai manusia yang mula mendengar muzik alunan gendang dari perut mereka yang mensignal kan kepada empunya badan bahawa mereka sudah kekosongan isi dan perlu diisi lagi dengan intipati baru seperti ayam goreng, masak lemak, McD atau mengikut slera tuan empunya tubuh...

Begitu juga dengan alunan muzik drum rancak ala-ala filem drumline yang telah mula bedendang di dalam perut milik Botolminda...aku tanpa mengira apa yang berlaku di pejabat dengan sepastas kilat melompat ke kedai makanan romantik yellow house di seberang jalan berdepan pejabatku....mengisi perut ini dengan ayam goreng special resepi yellow house di tambah dengan sweetnye teh o ais...membuatkan aku berjaya menghentikan pancaragam di dalam perut ku....


dapnye lah ayam ni...

bagai dengan penuh semangat aku masuk semula kepejabat...alangkah terkejutnya tulang menulang ku bagai di tusuk duri-duri tajam, bulu romaku meremang dan secara automatik kesan daripada itu menyebabkan kelopak mata ku mula merasa berat seperti di tarik oleh atlet tarik tali....

dalam hati ku mula berkata-kata.....

   "mak ai...sejuknya office ni...musim salji ke ape ni?macam kat UK plak aku rase....kecut habis tangan ku....diorang ni smua kulit biawak ke ape....xde rase sejuk lansung...isk...isk...."


kalau kat malaysia ade mcm ni rasenye diorang nak pakai aircond jugak lagi ker?

perkara ni sering berlaku pada ku... sistem penghawa dingin di pejabat ku amat sejuk sehingga boleh membekukan segala benda yang ade....dah rase macam dok dalam peti ais je aku rase....tapi yang memelikkan aku....rakan sepejabat ku rileks je....mcm xde rase paper...mungkin sebab diorang dah biasa dok kat oversea kot....dah biase sejuk2 ni....aku ni orang kampung je....


diorang buat baju tu pakai bulu menatang ni la...

ps: lepas ni nak bawak jacket sejuk yang ade bulu tebal tu la g keje....


No comments: